Soalan Lazim PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 24 June 2009 16:57

1. Apa itu IKTBN dan objektif penubuhannya ?

 IKTBN adalah singkatan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Ia ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah bertujuan untuk memberi latihan teknikal secara formal kepada para lepasan sekolah yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.

Objektif penubuhan adalah :-     

-      Menyediakan latihan intensif dalam bidang kerja logam,pemesinan,peralatan dan acuan,senggaraan dan elektronik mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan Persijilan Kemahiran Malaysia,

-           Menyediakan peluang peningkatan kelayakan kepada pelajar aliran kemahiran vokasional dengan menawarkan kursus-kursus di tahap yang lebih tinggi (SKM tahap 4/5 atau Diploma Teknologi).

-           Melahirkan tenaga mahir dalam bidang –bidang yang berkenaan kearah memenuhi sebahagian dari keperluan industri Negara.

-           Menyediakan latihan pengkhususan jangka pendek dalam bidang-bidang berkaitan bagi juruteknik-juriteknik yang ditaja oleh pihak swasta mahupun pihak awam disamping menyediakan kursus-kursus berbentuk “customised”.

-           Memberi perkhidmatan dalam bentuk khidmat nasihat dan tempahan kerja kepada mereka yang berminat mengikut kemampuan. 

2.Bila dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk kemasukan ke IKTBN?

Iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web institut / Kementerian 3 bulan sebelum kemasukan. Borang permohonan kemasukan ke IKTBN boleh diisi secara “online di www.kbs.gov.my atau boleh datang ke IKTBN. Kemasukannya adalah dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai. 

3.Apakah syarat – syarat  kemasukan dan kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN ?

Syarat-syarat umum ialah:

-           Warganegara Malaysia, berusia diantara18-30 tahun,berbadan sihat,belum berkahwin @ bujang & tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.

Syarat-syarat akademik / kemahiran :

-           Program Sijil Kemahiran Malaysia –Tamat tingkatan lima

-           Program Diploma Kemahiran Malaysia –SPM/SPMV,Lulus BM dan Kredit Mathematik / Sains.

-           Diploma Teknologi (Program Kerjasama UTM) –Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dalam bidang berkaitan dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN adalah :

i. Diploma Teknologi  (Universiti Teknologi Malaysia) :-  

 -       Alatan & Acuan (Mekanikal)                    

 -       Elektronik Industri.  

ii.Tahap 4 - Diploma Kemahiran Malaysia

-        Penolong Jurutera (Cad /Cam) 

-        Pereka Acuan Plastik-        Pereka Alat Tekan

-        Penolong Jurutera Senggaraan & Pembinaan Mesini.

iii.Tahap 3 - Sijil Kemahiran Malaysia

-        Pembuat Perkakasan Kanan –Acuan Plastik

-        Pembuat Perkakasan Kanan –Alat Tekan

-        Juruteknik Pemesinan Larik

-        Juruteknik Pemesian Kisar

-        Juruteknik  Pemesinan CNC

-        Juruteknik Industri-        Juruteknik Teknologi Elektronik Industri

-        Artis/Perekabentuk Multimedia 

iv.Tahap 2 – Sijil Kemahiran Malaysia

 -        Pembuat Perkakasan – Acuan Plastik

-        Pembuat Perkaksan – Alat Tekan

-        Pemesinan Larik

-        Pemesinan Kisar

-        Pemesinan CNC

-        Artis Multimedia

-        Juruteknik Elektronik Industri  

v.Sijil Lain -        Penjaga Jentera Elektrik (AO) –Sijil Suruhanjaya Tenaga

                -        Pereka Peralatan Perkakasan – sijil Institut 


4. Saya adalah pelajar lepasan SPM dan kurang cemerlang dalam bidang akademik, adakah saya layak untuk memohon ke IKTBN dan apakah syarat-syarat minima yang dikenakan oleh IKTBN Sepang ?

Semua pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dengan syarat minima ialah tamat tingkatan lima. 

 

5.Jika saya berjaya memasuki IKTBN Sepang, berapakah yuran yang terpaksa dibayar sepanjang tempoh latihan ?

 IKTBN Sepang tidak mengenakan sebarang yuran semasa anda menjalani latihan disini, malah pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi elaun sebanyak RM100.00 /RM200.00 sebulan.  Pihak IKTBN Sepang hanya mengenakan sedikit bayaran semasa anda mendaftar.

6.Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak IKTBN Sepang untuk pelajarnya ? 

Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut:

-       Elaun sebanyak RM 100.00/RM200 sebulan

.-       Kemudahan asrama untuk lelaki dan perempuan secara percuma

-       Pakaian seragam percuma

-       Makan dan minum sepanjang kursus secara percuma

-       Kemudahan sukan dan riadah -Bola sepak, bola keranjang, pingpong, badminton, bola     tampar, sepak takraw,gymnasium ,catur ,dart ,dan lain lain.

-       Kemudahan perpustakaan.

-       Bengkel mesin konvensional dan mesin kawalan berkomputer (CNC) dan juga kemudahan rawatan haba .

-       Makmal latihan komputer dan kawalan (numerical computer).

-       Makmal elektronik,elektrik,pneumatic,hidraulik dan CADCAM

.-       Makmal Multimedia.

-       Surau 

7.Apakah kelayakan tenaga pengajar ?

Tenaga pengajar  terdiri dari mereka yang terlatih berkelulusan Ijazah,Diploma dan Sijil Kompetensi mengajar serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing..  

8.Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelajar institut ini dan adakah ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?

i.      Apabila pelatih telah tamat dengan jayanya mereka akan dianugerahkan  SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA tahap 1, 2 , 3 & 4 yang dikeluarkan oleh    pihak JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Diploma Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia.

ii.      Sijil  tamat latihan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.

iii.     Sijil tamat latihan oleh IKTBN Sepang.

9.    Bagaimanakah dengan pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKTBN ini kelak ?

Peluang pekerjaan sangat luas dimana hampir semua lulusan IKTBN mendapat pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

10.    Setelah saya tamat dengan jayanya di IKTBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi ?

Peluang terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti ,Malaysian France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), ADTEC, CIAST, UNIKL  dan lain -lain lagi Institut pengajian swasta mahupun kerajaan dimana ianya menawarkan Diploma Kemahiran serta Diploma Lanjutan Kemahiran.

Last Updated on Thursday, 24 December 2009 11:07