| Sekolah Senggaraan dan Bantuan |
|
|
|
| Written by Administrator | |||
| Monday, 22 June 2009 15:05 | |||
|
Sekolah Senggaraan Dan Bantuan PENGENALAN Sekolah senggaraan dan bantuan ini adalah salah satu sekolah/bahagian yang bergerak aktif dalam segi pembelajaran / kerja-kerja senggaraan samada mekanikal dan elektrikal di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Terdapat dua kursus di tawarkan iaitu Juruteknik Industri Tahap 3 dari MLVK dan Penjaga Jentera Elektrik A0 dari Suruhanjaya Tenaga. Pelatih-pelatih di sekolah ini akan diajar dalam bidang Juruteknik Industri Tahap 3 dan Penjaga Jentera Elektrik A0. Matlamat utama sekolah ini adalah melahirkan tenaga mahir dalam bidang senggaraan samada dari segi mekanikal dan elektrikal dengan melatih pelatih dalam bidang berkenaan. Pelatih-pelatih yang telah menamatkan pengajian mereka boleh bekerja di industri perkilangan , bangunan untuk tujuan senggaraan dalam organisasi kerajaan atau swasta. Pelatih-pelatih yang tamat kursus akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk Kursus Juruteknik Industri Tahap 3(MMM) dan mendapat Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 (Chargeman A0) oleh Suruhajaya Tenaga (JBE dan Gas) untuk kursus Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME). Kedua-dua kursus ini juga mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang sendiri.
1. Juruteknik Industri Tahap 3 (MMM) 1. Kursus Juruteknik Industri Tahap 3 Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Kelayakan Lulus SPM dan mempunyai sijil Kemahiran Malaysia (Makanik Industri tahap 1 dan 2) yang sah dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia. Tempoh Kursus : 18 Bulan (sepenuh masa di Institut)
2. Kursus Penjaga Jentera Elektrik A0. Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 (voiltan rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga(JBE dan Gas) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Kelayakan Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (Juruelektrik asas dan pertengahan @ tahap 1 dan 2) yang sah, dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia atau Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1@ PW2) yang sah, dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga ( JBE dan Gas) dan pengalaman sekurang-kurangnya selama 2 tahun dalam bidang kerja-kerja elektrik voltan rendah keadaan radas hidup. Tempoh kursus : 12 Bulan (6 bulan di Institut, 3 bulan latihan Loji dan 3 bulan di Institut)
|
|||
| Last Updated on Friday, 11 December 2009 10:11 |




