| Sekolah Elektronik |
|
|
|
| Written by Administrator | |||
| Monday, 22 June 2009 15:03 | |||
|
Sekolah Pengajian Elektronik PENGENALAN Sekolah Pengajian Elektronik ini adalah salah satu sekolah yang bergerak aktif dari segi pembelajaran serta kerja-kerja baik pulih peralatan elektronik dan sistem rangkaian perhubungan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Terdapat 2 jenis kursus yang ditawarkan di bawah sekolah ini. Bidang kursus yang ditawarkan ialah Elektronik Industri dan juga Artis/Pereka Multimedia- Pengarangan.Bagi kursus Elektronik Industri, terdapat dua jenis kursus yang dijalankan iaitu Diploma Teknologi Elektronik Industri dan juga kursus Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3. Diploma Teknologi Elektronik Industri merupakan kursus yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. Silibus pengajaran dikeluarkan oleh pihak UTM dan prasarana yang lengkap bagi proses pengajaran dan pembelajaran disediakan oleh pihak institut. Manakala kursus Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3 pula dijalankan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Kursus Artis/ Pereka Multimedia-Pengarangan juga merupakan satu lagi kursus yang ditawarkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber KURSUS DITAWARKAN · Pereka Multimedia Pengarangan Tahap 3 (SKP03) · Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3 (SED23) · Diploma Teknologi Elektronik Industri (DTEI) Kursus Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3 Pengenalan Kursus: Pelatih bagi kursus ini akan memperolehi latihan kemahiran untuk menjalankan troubleshooting pada sistem elektronik, menyelenggara stepper motor, memuat turun PC dan sistem PLC, mengujia TTL dan CMOS, menulis laporan dan juga penyeliaan pengeluaran. Secara umumnya, setelah tamat, pelatih mahir untuk menjalankan proses penyelenggaraan pada peralatan elektronik, menguji kefungsian pada produk elektronik dan boleh menyelia di bahagian pengeluaran. Kelayakan Masuk: Lulus SPM dan mempunyai sijil Kemahiran Malaysia (Juruteknik Elektronik Industri tahap 1 dan 2) yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) , Kementerian Sumber Manusia. Tempoh Kursus: 6 bulan Penganugerahan: Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Kursus Diploma Teknologi Elektronik Industri. Pengenalan: Kursus yang ditawarkan ini merupakan kursus dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. Pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali dalam pelbagai subjek termasuk subjek umum dan subjek yang khusus kepada bidang teknologi elektronik industri. Pada akhir semester nanti, pelajar terlibat secara langsung membangunkan suatu produk berasasakan elektronik. Proses merekabentuk dan menghasilkan produk elektronik ini dibangunkan oleh pelatih semasa mereka menghasilkan Projek Akhir 1 dan 2 mereka. Kombinasi kemahiran yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus ini dan juga kretiviti yang dimiliki oleh pelatih diterjemahkan melalui projek akhir ini. Kelayakan Masuk: i. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik ATAU; ii. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik serta DUA (2) matapelajaran lain ATAU; iii. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Matematik dan lulus Bahasa Melayu serta DUA (2) matapelajaran lain ATAU DAN SKM Tahap 1 Elektronik Industri Tempoh kursus : 36 bulan Penganugerahan: Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Diploma Teknologi Elektronik Industri yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Kursus Pereka Multimedia – Pengarangan Tahap 3 (MUD3) Pengenalan: Kelayakan Masuk: Tamat Tingkatan 5 Tempoh Kursus: 1 8 bulan (sepenuh masa pembelajaran dan latihan amali di Institut). Penganugerahan: Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan akan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
|
|||
| Last Updated on Friday, 11 December 2009 10:11 |




