| Sekolah Perkakasan dan Acuan |
|
|
|
| Written by Administrator | |
| Friday, 19 June 2009 13:03 | |
|
KURSUS DITAWARKAN DI SEKOLAH PERKAKASAN 1. Diploma Teknologi Mekanikal Alatan dan Acuan (DMA) dengan kerjasama UTM Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan golongan pekerja yang mempunyai pengetahuan akademik yang kukuh serta keterampilan kemahiran praktikal yang tinggi dalam bidang Pembuat Acuan Suntikan Plastik dan Pembuat Alat Tekan bagi memenuhi permintaan industri dalam bidang berkaitan. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun . Calon di kehendaki lulus dalam peperiksaan SPM/SPMV atau yang setaraf dengannya dengan mendapat mata kepujian Bahasa Melayu, matematik dan sains serta kepujian dalam 2 subjek lain. Program ini dilaksanakan secara bersepadu berpandukan kurikulum bercorak kejuruteraan gunaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disamping memberi latihan kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Calon yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Alatan & Acuan Makanikal disamping Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3). 2. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 23) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 3. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP23) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan - Alat Tekan (H-096-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 4. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 03) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 5. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP03) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 6.Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik – Tahap 4 (DMA34) Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan Kanan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-3) Tahap 3 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan.peserta dilatih mengkaji rekabentu acuan 7. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Alat Tekan- Tahap 4 (DMP 34) Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan Kanan-Alat Tekan (H-096-3) Tahap 3 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan. 8. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka alat tekan- Tahap 4 (DMP 04) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran matematik dan sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun. 9. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik- Tahap 4 (DMA 04) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran matematik dan sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri.Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun. 6. Diploma Lanjutan Mekanikal Pekakasan (DLKM ) Tahap 5 (H-095-4) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pereka dai - Alat Tekan (H-094-4) Tahap 4, Pereka Acuan Plastik- (H-093-4) tahap 4 dan Pembantu Jurutera Peralatan (H-095-4). Jangkamasa kursus ini adalah selama 24 bulan. Objektif utama program ini adalah untuk :
|
|
| Last Updated on Wednesday, 14 April 2010 17:09 |




