| Sekolah Pemesinan |
|
|
|
| Written by Administrator | |||
| Tuesday, 16 June 2009 11:39 | |||
|
PENGENALAN Sekolah Pemesinan IKTBN Sepang menyediakan pendidikan teknikal di dalam Industri Pembuatan (Pemotongan & Pemesinan Logam). Merangkumi bidang-bidang khusus, pelajar-pelajar yang tamat dengan jayanya akan berkerjaya samada sebagai seorang Juruteknik Operasi Kisar/ Larik atau Juruteknik CNC. Tahap yang lebih tinggi menawarkan kerjaya selaku Penolong Jurutera Pembuatan - CAD/CAM malah berpeluang menjadi seorang Jurutera Pembuatan - CAD/CAM. KURSUS-KURSUS DITAWARKAN Sekolah Pemesinan menawarkan kursus-kursus peringkat Sijil SKM Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4 di dalam bidang-bidang berikut :- 1. Pemesinan Am – Tahap 1 2. Pemesin Operasi Larik Tahap 2 6. Juruteknik Operasi Larik Tahap 3. 7. Juruteknik Operasi Kisar Tahap 3. 8. Penolong Jurutera Pembuatan CAD/CAM Tahap 4 Pembelajaran menuruti Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK ) ;'National Occupational Skill Standard or NOSS. Setelah tamat dengan jayanya kursus-kursus di peringkat penyelia / juruteknik, pelajar-pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK ), Kementerian Sumber Manusia. Jurusan Pemesinan Tahap 3 Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti dan Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar jurusan Pemesin Tahap 3 ialah seperti berikut :- - Kerja-kerja amali mesin-mesin konvensional Larik, Kisar, Canai dan Gerudi. - Melaksanakan operasi Larik CNC, Kisar CNC, Canai CNC dan CNC EDM (die-sinking & wire-cut). - Mempelajari lukisan berbantu komputer menghasilkan lukisan kejuruteraan dan pemasangan. - Melaksanakan kerja-kerja senggaraan ke atas mesin dan peralatan. - Melaksanakan kawalan kualiti. - Melaksanakan fungsi-fungsi penyeliaan. Jurusan Juruteknik Pemesinan CNC Tahap 3 Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti & Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar jurusan Juruteknik Pemesin CNC Tahap 3 ialah seperti berikut : - Melaksanakan operasi mesin larik CNC - Melaksanakan operasi mesin Kisar CNC - Menyediakan program kerja kisar menggunakan Mastercam V8. - Melaksanakan operasi kisar CNC 2D dan 3D - Melaksanakan operasi canai CNC - Melaksanakan operasi CNC EDM Die Sinking - Mempelajari perancangan proses meliputi perancangan kerja,pengganggaran kos dan mengawal-selia proses pemesinan. Penolong Jurutera Aplikasi CAD/CAM Tahap 4 Syarat kemasukan bagi kursus ini adalah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Juruteknik Pemesinan CNC (H-013-3), Juruteknik Pemesin Larik (H-014-3), Juruteknik Pemesin Kisar (H-015-3), Juruteknik Pemesin Canai (H-016-3), Senior Tool Maker - PM (H-097-3) dan Senior Tool Maker-PT (H-096-3). Bagi yang mempunyai kelayakan seperti yang disebutkan jangka masa bagi kursus ini adalah selama setahun (12 bulan) Dalam kursus ini pelatih-pelatih akan mempelajari tentang manufacturing designing menggunakan komputer dimana mereka akan didedahkan tentang CMM (Coordinate Measuring Machine), CAE (Computer Aided Design) yang mana melibatkan failure analysis dan juga finit element analysis. Selain dari itu mereka juga didedahkan dengan pengurusan dan pentadbiran serta perkara-perkara berkaitan pembangunan kerjaya. Apabila tamat dan berketrampilan dalam kursus ini mereka akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (CAD/CAM).
|
|||
| Last Updated on Tuesday, 24 August 2010 16:51 |




