Find best premium and Free Joomla templates at GetJoomlaTemplatesFree.com

Carian

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini703
mod_vvisit_counterKelmarin418
mod_vvisit_counterMinggu Ini2751
mod_vvisit_counterMinggu Lepas3623
mod_vvisit_counterBulan Ini8604
mod_vvisit_counterBulan Lepas11677
mod_vvisit_counterSemua Hari125465

Hari Ini: 19 May , 2012

Masa :21(h) 21(m) 42(s)
Easy Slider Pro - Copyright © 2010 by Turnkeye.com
Jabatan Pemesinan PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 16 June 2009 10:39

PENGENALAN

Jabatan Pemesinan IKTBN Sepang menyediakan pendidikan teknikal di dalam Industri Pembuatan (Pemotongan & Pemesinan Logam). Merangkumi bidang-bidang khusus, pelajar-pelajar yang tamat dengan jayanya akan berkerjaya samada sebagai seorang Juruteknik Operasi Kisar/ Larik atau Juruteknik CNC. Tahap yang lebih tinggi menawarkan kerjaya selaku Penolong Jurutera Pembuatan - CAD/CAM malah berpeluang menjadi seorang Jurutera Pembuatan - CAD/CAM.

 KURSUS-KURSUS DITAWARKAN

 Jabatan Pemesinan menawarkan kursus-kursus peringkat Sijil SKM Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4 di dalam bidang-bidang berikut :-

1. Pemesinan Am – Tahap 1

2. Pemesin Operasi Larik Tahap 2
3. Pemesin Operasi Kisar Tahap 2
4. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2
5. Juruteknik Pemesin Computer Numerical Control Tahap 3.

6. Juruteknik Operasi Larik Tahap 3.

7. Juruteknik Operasi Kisar Tahap 3.

8. Penolong Jurutera Pembuatan CAD/CAM Tahap 4 

Pembelajaran menuruti Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK ) ;'National Occupational Skill Standard or NOSS. Setelah tamat dengan jayanya kursus-kursus di peringkat penyelia / juruteknik, pelajar-pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK ), Kementerian Sumber Manusia.

Jurusan Pemesinan Tahap 3

 Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti dan Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar jurusan Pemesin Tahap 3 ialah seperti berikut :-

 - Kerja-kerja amali mesin-mesin konvensional Larik, Kisar, Canai dan Gerudi.

- Melaksanakan operasi Larik CNC, Kisar CNC, Canai CNC dan CNC EDM (die-sinking & wire-cut).
- Mempelajari peraturan-peraturan keselamatan woksyop.

- Mempelajari lukisan berbantu komputer menghasilkan lukisan kejuruteraan dan pemasangan.

- Melaksanakan kerja-kerja senggaraan ke atas mesin dan peralatan.

- Melaksanakan kawalan kualiti.

- Melaksanakan fungsi-fungsi penyeliaan.

Jurusan Juruteknik Pemesinan CNC Tahap 3

Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti & Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar jurusan Juruteknik Pemesin CNC Tahap 3 ialah seperti berikut :

- Melaksanakan operasi mesin larik CNC

- Melaksanakan operasi mesin Kisar CNC

- Menyediakan program kerja kisar menggunakan Mastercam V8.

- Melaksanakan operasi kisar CNC 2D dan 3D

- Melaksanakan operasi canai CNC
- Menyediakan program CNC EDM Wirecut menggunakan perisian Mastercam V8

- Melaksanakan operasi CNC EDM Die Sinking

- Mempelajari perancangan proses meliputi perancangan kerja,pengganggaran kos dan mengawal-selia proses pemesinan.

Penolong Jurutera Aplikasi CAD/CAM Tahap 4

Syarat kemasukan bagi kursus ini adalah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Juruteknik Pemesinan CNC (H-013-3), Juruteknik Pemesin Larik (H-014-3), Juruteknik Pemesin Kisar (H-015-3), Juruteknik Pemesin Canai (H-016-3), Senior Tool Maker - PM (H-097-3) dan Senior Tool Maker-PT (H-096-3).

Bagi yang mempunyai kelayakan seperti yang disebutkan jangka masa bagi kursus ini adalah selama setahun (12 bulan)

Dalam kursus ini pelatih-pelatih akan mempelajari tentang manufacturing designing menggunakan komputer dimana mereka akan didedahkan tentang CMM (Coordinate Measuring Machine), CAE (Computer Aided Design) yang mana melibatkan failure analysis dan juga finit element analysis. Selain dari itu mereka juga didedahkan dengan pengurusan dan pentadbiran serta perkara-perkara berkaitan pembangunan kerjaya.

Apabila tamat dan berketrampilan dalam kursus ini mereka akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (CAD/CAM).

Last Updated on Monday, 07 May 2012 10:19
 

AKTIVITI SEMASA

Tahniah kepada semua graduan IKTBN sempena majlis konvokesyen pada 14&15 Mei di PICC.




Kempen Derma Darah Hari Belia Parlimen Sepang pada 18 Mei jam 8.30 pagi di Dewan Seri Nilam IKTBN. Semua warga IKTBN di jemput hadir....




Program Citra Ibadah Pesona Muslim pada 17-19 Mei. Semua pelajar yang terlibat dikehendaki hadir.




Karnival Sihat Cergas PKD Sepang pada 19 Mei jam 7.30 pagi di Dewan Seri Nilam IKTBN. Semua warga IKTBN di jemput hadir....




Program Tomorrow's Leader anjuran AADK Sepang pada 16 Mei 2012 jam 8 pagi di Dewan Seri Nilam IKTBN. Semua pelajar yang terlibat dikehendaki hadir....

HARI BELIA NEGARA

HARI BELIA NEGARA 2012

PUTRAJAYA MEI 2012



Countdown
expired

PAUTAN AGENSI

 

IPPM Portal ISN
BELIA MSN IYC
RAKAN MUDA KSN
MPBN  jpk
KBS
MAMPU
BPA
Ekl
BPH
HRMIS
JKJR
IIM
MSC
PEMUDAH

 

 




Penafian:- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. © Hakcipta terpelihara 2012 INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG