Find best premium and Free Joomla templates at GetJoomlaTemplatesFree.com

Carian

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini702
mod_vvisit_counterKelmarin418
mod_vvisit_counterMinggu Ini2750
mod_vvisit_counterMinggu Lepas3623
mod_vvisit_counterBulan Ini8603
mod_vvisit_counterBulan Lepas11677
mod_vvisit_counterSemua Hari125464

Hari Ini: 19 May , 2012

Masa :21(h) 15(m) 27(s)
Easy Slider Pro - Copyright © 2010 by Turnkeye.com
Profile PDF Print E-mail
Written by admin   
Friday, 09 October 2009 20:20

MAKLUMAT RINGKAS INSTITUT

 

 

1.            LATARBELAKANG.

 

1.1         Keperluan penubuhan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang (IKTBN) telah mula dibincangkan pada awal tahun 1987. Seterusnya satu keputusan telah diambil oleh pihak Kerajaan agar penubuhan Institut tersebut dilaksanakan dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

 

1.2         Pada 10 Mac 1988, Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu  perjanjian dengan Syarikat HMT (I) dari India bagi penubuhan IKTBN di Sepang,  Selangor Darul Ehsan yang terulung di negara ini.

 

1.3         Di bawah perjanjian yang ditandatangani  Syarikat HMT(I) sebagai kontraktor utama melaksanakan projek ini secara pakej di mana ianya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja binaan, mesin dan peralatan latihan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan.

 

1.4          Institut ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor Darul Ehsan, iaitu kira-kira 65km dari Bandaraya Kuala Lumpur.

 

1.5          Institut ini telah beroperasi sepenuhnya  mulai bulan Mei 1990.

 

 

2.            MOTO

 

                Profesional Terunggul

 

 

3.            VISI

 

Berazam untuk menjadi sebuah institusi berteraskan kemahiran yang unggul.

 

 

4.            MISI

 

Untuk melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir yang bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara melalui penyertaan dalam pembangunan industri negara khususnya dalam bidang kerja logam, pemesinan, alatan dan acuan dan industri elektronik.

 

 

5.            STRATEGI

 

5.1.        Menerokai segala  ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.

 

5.2.        Menyediakan kemudahan terkini sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kemahiran.

 

5.3.        Menawarkan program yang cemerlang untuk memenuhi keperluan industri  pada masa kini dan masa hadapan.

 

5.4.        Menghasilkan tenaga kerja mahir yang bertanggung jawab, berdisiplin, berilmu dan bertrampilan.

 

5.5.        Memainkan peranan aktif dalam pembangunan kemahiran kepada industri setempat melalui kursus-kursus jangka pendek dan bantuan kepakaran.

 

 

6.            OBJEKTIF INSTITUT

 

Selaras dengan Rancangan Induk Perindustrian Negara, Institut ditubuhkan dengan berobjektifkan;

 

6.1         Menyediakan latihan intensif dalam bidang kerja logam, pemesinan, , peralatan dan acuan, senggaraan dan elektronik mengikut kurikulum Standard Kemahiran Kebangsaan untuk tujuan Persijilan Persijilan Kemahiran Malaysia. 

 

6.2         Menyedia dan menjalankan Program Diploma Teknologi dalam bidang-bidang berkaitan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi tempatan/luar negeri untuk memberi peluang peningkatan kemahiran dan kerjaya yang lebih tinggi kepada pelatih-pelatih dalam aliran kemahiran

 

6.3         Mewujudkan tenaga mahir dalam bidang-bidang yang berkenaan untuk  memenuhi sebahagian dari keperluan tenaga kerja mahir dalam industri  berkaitan.

 

6.4         Menyediakan latihan pengkhususan jangka  masa pendek dalam bentuk `customised' atau `modular' dalam bidang-bidang berkaitan bagi kakitangan, juruteknik-juruteknik yang ditaja oleh pihak swasta/awam untuk tujuan peningkatan  kemahiran.

 

6.5          Memberi perkhidmatan dalam bentuk khidmat nasihat dan tempahan kerja kepada pihak luar mengikut kemampuan dan keupayaan institut.

 

 

7.            PIAGAM PELANGGAN

 

7.1.        Menyediakan Latihan jangka panjang persijilan SKM dan Diploma Teknologi dan jangka pendek dalam bidang kerja logam, elektronik dan senggaraan untuk belia-belia dan pekerja swasta.

 

7.2.        Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelatih berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dalam bidang-bidang yang dijalankan.

 

7.3.         Menyediakan khidmat sokongan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organisasi.

 

7.4.         Bersedia memberi khidmat runding cara dan susulan serta khidmat nasihat yang berkesan semasa dan selepas latihan.

 

7.5.         Mewujudkan perhubungan industri untuk memberi panduan dan pilihan kerjaya yang sesuai dengan keperluan industri.

 

7.6.         Memberi khidmat nasihat dan khidmat bengkel untuk industri kecil dan sederhana dalam usaha mendapat pendedahan dan pemindahan teknologi terkini.

 

Last Updated on Monday, 30 January 2012 11:55
 

AKTIVITI SEMASA

Tahniah kepada semua graduan IKTBN sempena majlis konvokesyen pada 14&15 Mei di PICC.




Kempen Derma Darah Hari Belia Parlimen Sepang pada 18 Mei jam 8.30 pagi di Dewan Seri Nilam IKTBN. Semua warga IKTBN di jemput hadir....




Program Citra Ibadah Pesona Muslim pada 17-19 Mei. Semua pelajar yang terlibat dikehendaki hadir.




Karnival Sihat Cergas PKD Sepang pada 19 Mei jam 7.30 pagi di Dewan Seri Nilam IKTBN. Semua warga IKTBN di jemput hadir....




Program Tomorrow's Leader anjuran AADK Sepang pada 16 Mei 2012 jam 8 pagi di Dewan Seri Nilam IKTBN. Semua pelajar yang terlibat dikehendaki hadir....

HARI BELIA NEGARA

HARI BELIA NEGARA 2012

PUTRAJAYA MEI 2012



Countdown
expired

PAUTAN AGENSI

 

IPPM Portal ISN
BELIA MSN IYC
RAKAN MUDA KSN
MPBN  jpk
KBS
MAMPU
BPA
Ekl
BPH
HRMIS
JKJR
IIM
MSC
PEMUDAH

 

 




Penafian:- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. © Hakcipta terpelihara 2012 INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG