|
1. Apa itu IKTBN dan objektif penubuhannya?
IKTBN adalah singkatan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Ia ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran teknikal secara formal kepada para lepasan sekolah.
Objektif Penubuhan :-
- Menyediakan latihan intensif dalam bidang kerja logam,pemesinan,peralatan dan acuan,senggaraan,elektronik & multimedia mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikawal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Menyediakan peluang peningkatan tahap kemahiran kepada pelajar aliran kemahiran dengan menawarkan kursus-kursus di tahap yang lebih tinggi (DKM tahap 4 dan DLKM tahap 5).
- Melahirkan tenaga mahir dalam bidang – bidang yang berkenaan kearah memenuhi keperluan industri negara.
- Menyediakan latihan pengkhususan jangka pendek dalam bidang-bidang berkaitan bagi pekerja-pekerja teknikal yang ditaja oleh pihak swasta mahupun pihak awam disamping menyediakan kursus-kursus berbentuk 'customised'.
- Memberi perkhidmatan dalam bentuk khidmat nasihat dan tempahan kerja kepada mereka yang berminat.
2. Bila dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk kemasukan ke IKTBN?
- Iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web institut / Kementerian 3 bulan sebelum kemasukan. Borang permohonan kemasukan ke IKTBN boleh diisi secara online di www.kbs.gov.my atau boleh datang ke IKTBN. Kemasukannya adalah dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai.
- Bermula tahun 2011, pengambilan pelajar akan diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Semua permohonan adalah secara on-line di alamat http://upu.mohe.gov.my
(Rujuk iklan di akhbar utama)
3. Apakah syarat – syarat kemasukan dan kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN ?
Syarat-syarat umum
- Warganegara Malaysia, berusia diantara 18-30 tahun,berbadan sihat,belum berkahwin @ bujang & tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.
Syarat-syarat akademik
- Program Sijil Kemahiran Malaysia –Tamat tingkatan lima
- Program Diploma Kemahiran Malaysia –SPM/SPMV, Lulus BM dan Kredit Matematik / Sains.
- Diploma Teknologi (Program Kerjasama UTM) –SPM/SPMV, Kredit BM, Matematik, Sains dan 2 Matapelajaran Teknikal
Kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN Sepang
Diploma Teknologi (Universiti Teknologi Malaysia)
- Mekanikal (Alatan & Acuan)
- Elektronik Industri
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia - Tahap 5
- Jurutera Peralatan (Alatan & Acuan)
Diploma Kemahiran Malaysia - Tahap 4
- Penolong Jurutera (CADCAM)
- Pereka Acuan Plastik
- Pereka Alat Tekan
- Penolong Jurutera Senggaraan & Pembinaan Mesin
- Penolong Jurutera Elektronik Industri
Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap 3
- Pembuat Perkakasan Kanan –Acuan Plastik
- Pembuat Perkakasan Kanan –Alat Tekan
- Juruteknik Pemesinan Larik
- Juruteknik Pemesian Kisar
- Juruteknik Pemesinan CNC
- Juruteknik Industri
- Juruteknik Elektronik Industri
- Artis/Perekabentuk Multimedia
Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap 1/2
- Pembuat Perkakasan – Acuan Plastik
- Pembuat Perkaksan – Alat Tekan
- Pemesinan Larik
- Pemesinan Kisar
- Pemesinan CNC
- Artis Multimedia
- Juruteknik Elektronik Industri
Sijil Suruhanjaya Tenaga
- Penjaga Jentera Elektrik (AO)
4. Saya adalah pelajar lepasan SPM dan kurang cemerlang dalam bidang akademik, adakah saya layak untuk memohon ke IKTBN dan apakah syarat-syarat minima yang dikenakan oleh IKTBN Sepang ?
- Semua pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dengan syarat minima ialah tamat tingkatan lima.
5.Jika saya berjaya memasuki IKTBN Sepang, berapakah yuran yang terpaksa dibayar sepanjang tempoh latihan ?
- IKTBN Sepang tidak mengenakan sebarang yuran semasa anda menjalani latihan disini, malah pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi elaun sebanyak RM100.00 /RM200.00 sebulan. Pihak IKTBN Sepang hanya mengenakan sedikit bayaran kelengkapan pelajar semasa anda mendaftar.
6.Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak IKTBN Sepang untuk pelajarnya ?
Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut:
- Elaun sebanyak RM 100.00/RM200 sebulan
.- Kemudahan asrama untuk lelaki dan perempuan
- Pakaian seragam percuma
- Makan dan minum sepanjang kursus
- Kemudahan sukan dan riadah
- Perpustakaan
- Bengkel mesin konvensional dan mesin kawalan berkomputer (CNC)
- Makmal elektronik,elektrik,pneumatic,hidraulik dan CADCAM
- Makmal Komputer/Multimedia
- Surau
7. Apakah kelayakan tenaga pengajar ?
- Tenaga pengajar terdiri dari mereka yang terlatih berkelulusan Ijazah, Diploma dan Sijil Kompetensi mengajar serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing.
8. Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelajar institut ini dan adakah ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?
- Apabila pelatih telah tamat dengan jayanya mereka akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA mengikut tahap masing-masing yang dikeluarkan oleh pihak JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran), Diploma Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sijil Kompetensi dari Suruhanjaya Tenaga.
- Sijil Teknologi / Diploma Teknologi oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
- Sijil tamat latihan oleh IKTBN Sepang.
9. Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKTBN ini kelak ?
- Peluang pekerjaan sangat luas dimana hampir semua lulusan IKTBN Sepang mendapat pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
10. Setelah saya tamat dengan jayanya di IKTBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ketahap yg lebih tinggi ?
- Peluang terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi samada ke IPTA atau IPTS seperti German Malaysian Institute (GMI) dan UNIKL dan lain -lain IPTA atau IPTS.
|