






![]() | Hari Ini | 1340 |
![]() | Kelmarin | 2479 |
![]() | Minggu Ini | 9484 |
![]() | Minggu Lepas | 9514 |
![]() | Bulan Ini | 31374 |
![]() | Bulan Lepas | 52287 |
![]() | Semua Hari | 490686 |
Hari Ini: 25 Mei , 2013
Masa :23(h) 10(m) 17(s)| Jabatan Elektronik |
|
|
|
| Ditulis oleh amir | |||
| Isnin, 11 Jun 2012 00:00 | |||
|
KURSUS YANG DITAWARKAN
Diploma Teknologi Elektronik Industri (Diploma Kemahiran Malaysia) -Pembantu Jurutera Elektronik Industri Tahap 4 -(DED 04) Pengenalan Kursus: Pelatih bagi kursus ini akan memperolehi latihan kemahiran untuk menjalankan troubleshooting pada sistem elektronik, menyelenggara stepper motor, memuat turun PC dan sistem PLC, menguji TTL dan CMOS, menulis laporan dan juga penyeliaan pengeluaran. Secara umumnya, setelah tamat, pelatih mahir untuk menjalankan proses penyelenggaraan pada peralatan elektronik, menguji kefungsian pada produk elektronik dan boleh menyelia di bahagian pengeluaran. Kelayakan Masuk: Lulus SPM/SPMV dengan lulus Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran Sains ATAU Matematik. Tempoh Kursus: 3 tahun (Pengajian) dan 3 bulan (Latihan Industri) Penganugerahan: Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
Diploma Teknologi Elektronik Industri (Kerjasama UTM)-DTEI Pengenalan Kursus: Kursus yang ditawarkan ini merupakan kursus dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. Pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali dalam pelbagai subjek termasuk subjek umum dan subjek yang khusus kepada bidang teknologi elektronik industri. Pada akhir semester nanti, pelajar terlibat secara langsung membangunkan suatu produk/projek berasaskan elektronik. Proses merekabentuk dan menghasilkan produk elektronik ini dibangunkan oleh pelatih semasa mereka menghasilkan Projek Akhir 1 dan 2 mereka. Kombinasi kemahiran yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus ini dan juga kretiviti yang dimiliki oleh pelatih diterjemahkan melalui projek akhir ini. Kelayakan Masuk: i. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik ATAU; ii. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik serta DUA (2) matapelajaran lain ATAU; iii. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Matematik dan lulus Bahasa Melayu serta DUA (2) matapelajaran lain. Tempoh kursus : 3 tahun Penganugerahan: Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Diploma Teknologi Elektronik Industri yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia) Perekabentuk Multimedia – Pengarangan Tahap 3 - (SKP03) Pengenalan Kursus: Pelatih yang mengikuti kursus ini akan mengikuti latihan untuk menguasai kemahiran menggunakan pelbagai perisian komputer. Pelatih akan diberi pendedahan yang lebih di dalam mengendalikan elemen-elemen multimedia seperti gambar, animasi, gambar bergerak, teks, audio dan grafik. Elemen-elemen tersebut akan diolah untuk menghasilkan produksi multimedia yang menarik. Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan kebolehan berurusan dengan pembekal, pakar-pakar bidang dan golongan-golongan sasaran. Pada tahap ini juga, pelatih dibekalkan dengan kemahiran bagi menyelia projek dan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelatih juga akan diberi tanggungjawab unuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Ini secara tidak langsung sebagai simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya yang sebenar. Kelayakan Masuk: Tamat Tingkatan 5 Tempoh Kursus: 21 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri) Penganugerahan: Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan akan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
|
|||
| LAST_UPDATED2 |
Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Secara Manual telah dibuka. Sila klik pada ruangan Muaturun/Download untuk mendapatkan borang permohonan.
Tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia & Sukan Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6- 7hb. Mei 2013 bertempat di PICC telah ditunda kepada 24- 25hb. Jun 2013 di tempat yang sama.
IKTBN Sepang akan menyertai Pertandingan Pra Kelayakkan Kemahiran Malaysia (PKM) 2013 dalam bidang Mechanical Engineering Design-CAD pada 17 & 18 May 2013 di ADTEC Taiping.
IKTBN Sepang akan menganjurkan Karnival Sukan Dalaman IKTBN Sepang 2013 bermula pada 20 Mei 2013 sehingga 1 Jun 2013.
Acara yang akan dipertandingkan adalah:
1. Bola Sepak
2. Bola Tampar Lelaki
3. Bola Tampar Wanita
4. Badminton Regu Lelaki
5. Badminton Regu Wanita
6. Sepak Takraw
Individu/pasukan yang berminat bolehlah memberi nama kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera.
Maklumat lanjut berkenaan jadual perlawanan, syarat-syarat perlawanan dan lain-lain perkara akan dimaklumkan oleh pihak HEP IKTBN Sepang.
Seramai 14 orang yang terdiri daripada 4 orang pengajar dan 10 orang pelajar akan menyertai Pertandingan ROBOCON 2013 Peringkat Kebangsaan pada 22-27 Mei 2013 Di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara IKTBN Sepang 2013