






![]() | Hari Ini | 351 |
![]() | Kelmarin | 1435 |
![]() | Minggu Ini | 9930 |
![]() | Minggu Lepas | 9514 |
![]() | Bulan Ini | 31820 |
![]() | Bulan Lepas | 52287 |
![]() | Semua Hari | 491132 |
Hari Ini: 26 Mei , 2013
Masa :11(h) 12(m) 37(s)| Perutusan Pengarah |
|
|
|
| Ditulis oleh PPTM | |
| Selasa, 05 Mac 2013 16:35 | |
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih atas minat saudara dengan memilih untuk Laman Web IKTBN Sepang ini. Dengan adanya maklumat yang tersedia diharap dapat membantu untuk memperkenalkan lagi Institut ini dikalangan saudara pada tahun 2013 ini. Seperti saudara sedia maklum pendidikan dan latihan yang dijalankan pada masa ini hanya mampu menumpu samada kepada latihan yang berat kepada keterampilan kemahiran yang dilaksanakan oleh institut latihan kemahiran atau pun yang menumpukan kepada pendidikan yang berteraskan kepada akademik yang dilaksanakan oleh pusat pengajian tinggi. Tanpa menafikan keperluan kedua-dua golongan pekerja ini dalam sektor perindustrian tetapi satu lagi golongan yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut adalah difikirkan juga perlu dilahirkan dimana ianya sangat-sangat diperlukan di dalam sektor industri perkilangan/pembuatan berteraskan kejuruteraan yang mana pada masa ini berkembang pesat dengan penggunaan teknologi moden. Berlandaskan keperluan inilah IKTBN Sepang berusaha melahirkan seberapa ramai golongan pekerja yang dinyatakan tersebut. Saya percaya dan yakin sumbangan saudara dengan bantuan maklumat yang tersedia ini akan menambahkan lagi penyebaran maklumat dalam usaha menambahkan lagi bilangan tenaga mahir yang diperlukan. Akhir kata selamat melayari laman web ini dan semoga mendapat manfaat daripadanya. Sebarang teguran, pandangan dan saranan boleh diajukan demi meningkatkan lagi kualiti informasi yang disediakan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PROFESSIONAL TERUNGGUL"
(MOHAMMAD GHAZALI BIN HJ. UDIN)
|
|
| LAST_UPDATED2 |
Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Secara Manual telah dibuka. Sila klik pada ruangan Muaturun/Download untuk mendapatkan borang permohonan.
Tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia & Sukan Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6- 7hb. Mei 2013 bertempat di PICC telah ditunda kepada 24- 25hb. Jun 2013 di tempat yang sama.
IKTBN Sepang akan menyertai Pertandingan Pra Kelayakkan Kemahiran Malaysia (PKM) 2013 dalam bidang Mechanical Engineering Design-CAD pada 17 & 18 May 2013 di ADTEC Taiping.
IKTBN Sepang akan menganjurkan Karnival Sukan Dalaman IKTBN Sepang 2013 bermula pada 20 Mei 2013 sehingga 1 Jun 2013.
Acara yang akan dipertandingkan adalah:
1. Bola Sepak
2. Bola Tampar Lelaki
3. Bola Tampar Wanita
4. Badminton Regu Lelaki
5. Badminton Regu Wanita
6. Sepak Takraw
Individu/pasukan yang berminat bolehlah memberi nama kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera.
Maklumat lanjut berkenaan jadual perlawanan, syarat-syarat perlawanan dan lain-lain perkara akan dimaklumkan oleh pihak HEP IKTBN Sepang.
Seramai 14 orang yang terdiri daripada 4 orang pengajar dan 10 orang pelajar akan menyertai Pertandingan ROBOCON 2013 Peringkat Kebangsaan pada 22-27 Mei 2013 Di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara IKTBN Sepang 2013