Find best premium and Free Joomla templates at GetJoomlaTemplatesFree.com

Carian

MEDIA SOSIAL

 

 fb  youtube  google maps  rss 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini631
mod_vvisit_counterKelmarin1435
mod_vvisit_counterMinggu Ini10210
mod_vvisit_counterMinggu Lepas9514
mod_vvisit_counterBulan Ini32100
mod_vvisit_counterBulan Lepas52287
mod_vvisit_counterSemua Hari491412

Hari Ini: 26 Mei , 2013

Masa :14(h) 10(m) 21(s)

UNDIAN

Amalan 5S di IKTBN Sepang
 
Easy Slider Pro - Copyright © 2010 by Turnkeye.com
PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh admin   
Jumaat, 22 Jun 2012 08:16

 

 dsc00403

 

BANDAR BARU SALAK TINGGI, 8 JUN 2012: Perhimpunan bulanan IKTBN Sepang bagi bulan Jun 2012 telah dikendalikan dengan jayanya oleh urusetia dari Jabatan Mekanikal Perkakasan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Sepang di Auditorium Seri Baiduri . Perhimpunan bulanan ini dianjurkan bersama dengan Majlis Jamuan Akhir Semester bagi pelajar IKTBN Sepang.

dsc00427

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar diikuti dengan ucapan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Sepang; Saudara Ahmad Farhan bin Raduan. Seterusnya diikuti dengan ucapan dari Tuan Pengarah IKTBN Sepang; En. Mohammad Ghazali bin Hj. Udin. Antara intipati ucapan tuan pengarah ialah beliau menyeru semua pelajar bersedia bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini dan beliau juga mengingatkan semua pengajar agar melaksanakan ‘latih tubi’ sebagai persediaan bagi mencapai sasaran 100% pelajar lulus.

dsc00451

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati bagi Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Mei kepada penerimanya iaitu En. Zulkefli bin Mohd Asa’ari, Penjaga Jentera Elektrik R17, Jabatan Mekanikal (Senggaraan). Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Bilik Terbersih bagi bulan Mei diikuti dengan penyampaian hadiah Pertandingan Boling anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan IKTBN Sepang yang telah diaadakan pada 16 Mei 2012 bertempat di ALAMANDA Putrajaya.

 

dsc00499

Majlis seterusnya ialah penyampaian cenderahati bagi pegawai dan kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Jun 2012. Mereka dirai dengan sumbangan cenderahati dan acara memotong kek hari lahir. Majlis perhimpunan bulanan ini diserikan lagi dengan persembahan video korporat dari Jabatan Elektronik, persembahan sketsa dari Jabatan Pemesinan, persembahan boria dari Jabatan Perkakasan dan persembahan nyanyian solo dari Jabatan Senggaraan. Majlis ini diakhiri dengan jamuan akhir semester pelajar yang diadakan di Dewan Makan asrama.

 dsc00516 

 

 

Dilaporkan oleh :

En. Mohd Azrul Hisyam,

Jabatan Mekanikal Perkakasan.

LAST_UPDATED2
 

AKTIVITI SEMASA

Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Secara Manual telah dibuka. Sila klik pada ruangan Muaturun/Download untuk mendapatkan borang permohonan.

Selanjutnya




Tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia & Sukan Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6- 7hb. Mei 2013 bertempat di PICC telah ditunda kepada 24- 25hb. Jun 2013 di tempat yang sama.




IKTBN Sepang akan menyertai Pertandingan Pra Kelayakkan Kemahiran Malaysia (PKM) 2013 dalam bidang Mechanical Engineering Design-CAD pada 17 & 18 May 2013 di ADTEC Taiping.




IKTBN Sepang akan menganjurkan Karnival Sukan Dalaman IKTBN Sepang 2013 bermula pada 20 Mei 2013 sehingga 1 Jun 2013. Acara yang akan dipertandingkan adalah:

1. Bola Sepak
2. Bola Tampar Lelaki
3. Bola Tampar Wanita
4. Badminton Regu Lelaki
5. Badminton Regu Wanita
6. Sepak Takraw

Individu/pasukan yang berminat bolehlah memberi nama kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera.
Maklumat lanjut berkenaan jadual perlawanan, syarat-syarat perlawanan dan lain-lain perkara akan dimaklumkan oleh pihak HEP IKTBN Sepang.




Seramai 14 orang yang terdiri daripada 4 orang pengajar dan 10 orang pelajar akan menyertai Pertandingan ROBOCON 2013 Peringkat Kebangsaan pada 22-27 Mei 2013 Di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan.

PAUTAN AGENSI

 

IPPM Portal ISN
BELIA MSN IYC
RAKAN MUDA KSN
 myGov MPBN  jpk
KBS
MAMPU
BPA
Ekl
BPH
HRMIS
JKJR
IIM
MSC
PEMUDAH

 

 

KONVOKESYEN

Konvokesyen IKBN/IKTBN
Se-Malaysia

24-25.06.2013

di PICC Putrajaya



Countdown
expired



Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara IKTBN Sepang 2013