






![]() | Hari Ini | 1349 |
![]() | Kelmarin | 1130 |
![]() | Minggu Ini | 7014 |
![]() | Minggu Lepas | 9514 |
![]() | Bulan Ini | 28904 |
![]() | Bulan Lepas | 52287 |
![]() | Semua Hari | 488216 |
Hari Ini: 24 Mei , 2013
Masa :15(h) 23(m) 48(s)| Pertandingan Inovasi dan Robotik IKTBN Sepang Siri 1 tahun 2012 |
|
|
|
| Ditulis oleh admin | |||
| Jumaat, 25 Mei 2012 08:29 | |||
|
Sepang– Auditorium Seri Baiduri, IKTBN Sepang sekali lagi hangat dengan Pertandingan Inovasi dan Robotik IKTBN Sepang Siri 1 tahun 2012 yang telah diadakan pada 25 April 2012. Penyertaan pada kali ini disertai oleh 9 kumpulan pelajar daripada pelbagai bidang kemahiran yang ada di IKTBN Sepang. Produk-produk inovasi yang dihasilkan terdiri daripada: 1. Mesin membuat kuih Loyang-Jabatan Senggaraan. 2. Mesin pencuci lantai automatik –Jabatan Senggaraan. 3. Sinki mini automatik-Jabatan Senggaraan. 4. Mesin makanan haiwan automatik-Jabatan Senggaraan. 5. Mesin pembuat teH tarik automatik-Jabatan Senggaraan. 6. Sistem pengesan bas automatik-Jabatan Elektronik. 7. Rak pengering kasut automatik-Jabatan Elektronik. 8. Sistem kehadiran pengajar-Jabatan Elektronik. 9. Smart truck mover – Jabatan Pemesinan. 10. Mini jig tap and die -Jabatan Pemesinan. Pertandingan kali ini dimenangi oleh kumpulan dengan produk inovasi mereka Mini jig tap and die dan Sistem pengesan bas automatik yang berkongsi tempat ketiga. Penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKTBN Sepang, En. Mohammad Ghazali Bin Hj Udin pada Majlis Perhimpunan Bulanan IKTBN Sepang bulan Mei 2012 yang lalu- Pelapor.
Pertandingan Khas Inovasi
Jawatankuasa Pertandingan Inovasi dan Robotik IKTBN Sepang telah merangka satu bentuk model pertandingan baru iaitu diberi nama Pertandingan Khas Inovasi. Ianya bersifat modular dimana setiap pertandingan akan memfokus kepada satu bidang kemahiran sahaja seperti: CAD, PLC, Kimpalan, CMM dan sebagainya bertujuan untuk menjadikan bidang-bidang kemahiran terpilih tersebut lebih dikuasai oleh pelajar-pelajar IKTBN Sepang. Sebagai permulaan, Pertandingan Khas Inovasi akan menjalankan pertandingan CAD-Inventor yang dijadualkan pada 21 November 2012. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar IKTBN Sepang dari mana-mana jabatan. Latihan akan diberikan percuma bermula julai 2012 hingga September 2012 kepada semua perserta sebelum pertandingan. Ini bermakna satu peluang baik kepada semua pelajar yang ingin menyertai pertandingan tersebut terutama dari Jabatan Elektronik dan Senggaraan yang agak lemah dalam aplikasi CAD. Perserta yang layak akan mewakili jabatan ke Pertandingan Kemahiran Malaysia - Pelapor.
|
|||
| LAST_UPDATED2 |
Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Secara Manual telah dibuka. Sila klik pada ruangan Muaturun/Download untuk mendapatkan borang permohonan.
Tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia & Sukan Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6- 7hb. Mei 2013 bertempat di PICC telah ditunda kepada 24- 25hb. Jun 2013 di tempat yang sama.
IKTBN Sepang akan menyertai Pertandingan Pra Kelayakkan Kemahiran Malaysia (PKM) 2013 dalam bidang Mechanical Engineering Design-CAD pada 17 & 18 May 2013 di ADTEC Taiping.
IKTBN Sepang akan menganjurkan Karnival Sukan Dalaman IKTBN Sepang 2013 bermula pada 20 Mei 2013 sehingga 1 Jun 2013.
Acara yang akan dipertandingkan adalah:
1. Bola Sepak
2. Bola Tampar Lelaki
3. Bola Tampar Wanita
4. Badminton Regu Lelaki
5. Badminton Regu Wanita
6. Sepak Takraw
Individu/pasukan yang berminat bolehlah memberi nama kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera.
Maklumat lanjut berkenaan jadual perlawanan, syarat-syarat perlawanan dan lain-lain perkara akan dimaklumkan oleh pihak HEP IKTBN Sepang.
Seramai 14 orang yang terdiri daripada 4 orang pengajar dan 10 orang pelajar akan menyertai Pertandingan ROBOCON 2013 Peringkat Kebangsaan pada 22-27 Mei 2013 Di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara IKTBN Sepang 2013